Tuesday, December 9, 2008

TERLANJUR MANYINTAIMU

Dari dahulu..
mendengarkan suaranya..
siapakah itu..
intan atau permata..
lalu kutulis kata-kata pujangga..
menghiasi isi hatiku..
hanya untukmu..

luas lautan..
usah cuba di duga..
jadi ingatan..
teman sebagai pedoman..
lalu ku terus cuba mendekatimu..
tetapi aku tertewas..
kita tak serupa..

kau bandingkan ku dengan kekayaan..
ternyata aku ketinggalan..
walau ikhlas menyintaimu..
kau hina tanpa rasa simpati..
masih kedengaran..
cinta yang kucari..
baru kini aku sedari..
bukan mudah untuk melewati..
sememangnya aku bersalah..
tidak mengerti..

ku antara sejuta..
yang meminatimu..
terlanjur menyinta dengan tulus suci..
Tanpa jawapan pasti...

Friday, December 5, 2008

C.I.N.T.A NEW 6

Bab 6

‘Liyana, tunggu aku! Knp lak ko ckp ko benci aku? Apa salah aku?’ Tercungap2 Zahar mengatur bicara. Seperti baru lepas main futsal untuk 10 minit. Bahu aku digenggam erat leh tangan kasar Zahar.
‘Apa salah ko? Ko leh tanya aku balik? Hey, apa ko dah buat kat aku hah? Ko tipu aku Zahar.’ Dalam esak tangis terluah juga butir bicara dari bibir aku.
‘Apa yang aku tipu Liyana? Aku tak pernah tipu ko lah.’ Tenang sahaja Zahar menjawab. Seolah-olah tiada apa-apa pun berlaku sebentar tadi.
‘Aku benci ko Zahar! Benci!’ Dadanya yang bidang ku pukul-pukul.
‘Ok, sebelum tu aku nak tahu,kenapa ko naik kereta kelisa tu? Dan kenapa wanita mengandung tu marah-marah ko?’
‘Ko dah gila ke Zahar? Tu kan kereta ko! Dan wanita ngah boyot tu, isteri ko!’ Tengking aku.
‘Ko ni knp Liyana? Aku mana kahwin lagi. Dan, kereta tu bkn kereta aku. Kereta aku kat bawah pokok tu.’ Sambil tangan dia menunjuk ke kereta kelisa yang berada di bawah pokok rendang berdepan dengan rumah sewa aku.

Mata aku melilau mencari kebenaran yang tersembunyi. Aku terpandang jejaka yang telah membuatku dibuai mimpi sebentar tadi menghampiri aku. Ya, lelaki itu keluar dari perut kereta kelisa yang terparking di depan gate rumah aku. Kereta yang aku naiki sebentar tadi? Kenapa lelaki itu? Bukankah sebentar tadi Zahar yang memandu kereta itu? Mainan apa yang Engkau cipta ni ya Allah.

Jejaka tadi menghampiri aku sambil memimpin tangan isterinya tadi. Wanita yang tengah sarat mengandung itu. Ku lihat ada air jernih yang mengalir dari mata wanita itu. Berdosakah aku menyebabkan insan yang tidak bersalah mengalirkan air mata?

‘Boleh saudari jelaskan apa yang berlaku tadi?’ Jejaka tadi memulakan bicaranya. Ah, suaranya yang tadi ku dengar begitu romantis bertukar garau dan menakutkan. Kecut perutku ketika itu.
‘Emm..emm.. Sa..sa..saya minta maaf. Saya tersalah naik kereta. Saya ingatkan tu kereta kawan saya ni.’ Terketar-ketar aku menjawap. Nak terkencing pon ada ni. Kalau la Ayuni tahu..mahu tercirit dia gelakkan aku. Ayuni. maaf. Aku telah salah sangka dengan persahabatan kita.
‘So sekarang saya nak saudari minta maaf dengan wife saya ni.’ Mendatar j suara jejaka itu.
‘Kak, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak berniat pun nk buat semua ni. Td, saya ingatkan tu kereta kawan saya, si Zahar ni. Tu yang saya tak bagi salam terus redah masuk je.maafkan saya ye kak. Saya langsung tak kenal suami akak ni.’ Aku rasa la, Zahar kat sebelah aku ni tengah tahan gelak. Habis la aku. Mesti dia gelak sakan pas ni. Siap ko Zahar. Ko yang sebabkan aku alami peristiwa yang betul-betul memalukan ini.
‘Takpe dik. Akak pun minta maaf sebab tengking adik tadi.’
‘Saya memang patut kena tengking pun kak. Salah saya. Terima kasih ye akak, abang.’ Merah menyala muke aku time ni. Malu yang teramat sangat.

Selesai bersalam dengan wanita tadi, ku jeling muke Zahar. Tiada apa-apa reaksi pun. Kami menghantar suami isteri itu dengan pandangan mata sehingga ke kereta mereka. Aku dan Zahar masih terpacak di depan gate rumah aku sehingga kereta kelisa milik mereka meninggalkan kawasan rumah aku. Lepas tu, Zahar tarik tangan aku dan kami berdua bergegas masuk ke dalam kereta. Aku pandang Zahar. Zahar pun pandang aku. Masa ni aku rasa macam nak cubit j hidung Zahar. dia Nampak cute sangat. Geram aku.

Dalam 2,3 minit gak la aku ngan Zahar dok menjeling-menjeling mcm tu. Dan tak sampai 2 saat meletus la ketawa aku ngan Zahar yang ala-ala Bigfoot dapat bunga dari monyet. Sampai terkeluar air mata kitorang. Malu pun ada sebenarnya. Seb baik aku ni comey. Takde la kisah sangat.

‘Ko ni lawak la Liyana. Cmne la ko leh naik kereta lain. Takkan ko tak perasan tu bkn aku. Ngokngek tol la.’
‘Hehe..Aku pun tak tahu la kenapa ngan aku ni. Yela aku terpegun sebenarnya. Kenapa lak ko leh berubah jd Brad Pitt. Ingatkan ko buat pembedahan macam Mickhel Jackson. Tiba-tiba jadi putih melepak. Tapi mamat tu memang hensem la wey. Geram aku. Nasib baik dah ada bini. Kalo tak aku offer j diri aku ni jadi bini dia.’
‘La. Boleh apa. Dia ada 3 lagi kosong tu.’
‘Ko gila? Dah ko tahu aku ni cemburu tahap bangau. Ko leh lak cadangkan aku jadi bini muda? Tak ke naya madu aku tu. Hari-hari tidur sengsorang.’
‘Ko memang, tamak haloba.’
‘Baik aku jadi bini ko. Lagi bez.’ Mulut ni gatal tol la. Aku cili baru tahu. Kupandang Zahar. Berubah air muka dia.
‘Ko nak k? aku leh gi pinangkan sekarang ni.’
Aku cume buat muke kambing wangi jer. Tak tahu nk jawab ape. Hope ko fhm la Zahar.
‘Hoi bile nak gerak ni? Dah naik kematu punggung aku ni.’ Saje je aku sergah Zahar. Lame sgt mamat ni mengelamun. Bayangkan aku nikah ngan dia la tu. Hik2.
‘Ok Mam. Kite nak gi mane ni?’
‘La. Ko yang belanja. So ko la decide.’


Dalam dok aku ngah mengelamun dalam kete Zahar tu, tibe-tibe lagu favourite aku berkumandang di corong radio. Zahar pun dengan understand nye kuatkan volume. He2. Lagu Bila Diri Disayangi dari kumpulan Ukays yang popular pada masa dulu benar-benar membuatkan hati aku ni sayu. Aku pun tak tahu kenapa. Secara automatic aku akn ingat kat sape-sape yang sayang aku. Termasuk la si Zahar ni. Tapi paling penting, mesti la boy aku tu. Abang, I realy love U. he2. Jangan marah.

Aku pandang Zahar. Dia begitu sempurna di mata aku. Tapi aku tak boleh menerima cinta yang dia hulurkan buatku. Kau seharusnya tahu Zahar, aku bukan diciptakan untuk kau. Mungkin Allah dah ciptakan hawa yang lebih baik untuk kau. Janganlah kau musnahkan persahabatan kita dengan perasaan cinta yang membara dalam hati kau. Aku tahu, aku tidak berhak untuk menghalang kau dari menyintaiku. Namun aku masih punya kuasa untuk tidak membiarkan kau jauh lebih hanyut membina harapan untuk cinta itu.


p/s: sambung di episode yang lain.

Thursday, December 4, 2008

ORaNg YanG akU sAyaNg

ni aKu nGAn BoY aku..
ni KaWan BaiK aku..
namE dIa IpaH..
diA je Yang FaHAm aku..
Sbb Tu AKu SayaNG SangaT dIa Ni..
NAk NGorAt??
SoRy...
DiA Ni MmG sSah Nak DapAt..
ni PLak KawaN BArU aku..
Aku Suke Kawan nGan Dia Sbb DiA ni x Smbunk..
PlinG pnTing Dia Ni seKepAla nGan Aku..
Geli Plak AKu tgk MUke MAnjE dia NI..
hAi aShraf..
TAk TIdo mALam LA Ko..

KawAn2 AKu..

AkAk GaS AbaNg Df AkAk KaSeh
AkAK AiNa

HuD-hUD YanG CoMEy


DYaN YanG RoCK SiZukaS CoMot



Monday, December 1, 2008

C.I.N.T.A NEW 5

Bab 5

Lambat plak si Zahar ni. Janji pkul 3 ptg. Sekarang ni dah pkul 3.05 ptg. Tp dia tak muncul-muncul juga. Pantang tol aku kalo nak menunggu org ni. Betul la kata orang. Penantian itu suatu penyeksaan. Kalo dua minit lagi dia tak datang, aku akan lancarkan perang kus-kus. Tengok la nanti. Pon! Pon! Tak sampai 1 minit 24 saat kereta kelisa milik mak Zahar sudah terparking kat depan gate umah sewa aku. Nasib baik ko sempat Zahar.

Dengan penuh keayuan aku melangkah ke arah kereta Zahar tu. Dan tanpa segan silu aku terus membuka pintu kereta bersebelahan dengan tempat Zahar dan menghenyakkan punggung aku kat kerusi empuk tu. Terasa nyaman air-cond yang sedia terpasang ditambah dengan bauan yang sememangnya mengasyikkan. Alangkah bertuahnya aku kerana lahir pada zaman yang penuh dengan kecanggihan ini.

Tapi, ada sesuatu yang mengganggu aku. Kenapa mata jejaka di sebelah kananku ini melekat ke arah wajahku seolah-olah terpaku dengan keayuan wajah yang ku miliki ini? Zahar, ko jangan la pandang aku macam ni. Lemas aku tahu tak. Omel ku di dalam hati. Namun, mata itu masih memandangku. Tapi penuh dengan persoalan. Seperti sedang mengingati rumus matematik. Aku tidak boleh berdiam diri. Aku perlu mengawal keadaan ini. Jejaka itu perlu di ingatkan bahawa aku milik Zafrul.

Lantas aku menoleh ke kanan. Mata aku dan mata jejaka itu terpaut. Memancarkan sinar yang aku sendiri tidak mengerti. Adakah pancaran sinar bahagia yang sedang menyelimuti mata kami. Ah. Mata itu. Mata itu membuatkan aku keluh resah. Mata itu menyebabkan aku lupa siapa aku yang sebenar. Ya! Mata itu. Siapakah pemilik mata ini? Ku pandang hidungnya. Alamak! Penyek la plak. Bibirnya yang galak melemparkan senyuman kepadaku ku renung. Di sebelah bibir tersebut tersembunyi sepasang lesung pipit yang hanya kelihatan apabila si pemiliknya tersenyum atau ketawa kegembiraan. Sungguh indah ciptaanmu Tuhan. Bahagianya aku jika aku diberi peluang memiliki jejaka itu.

‘Hai’ Jejaka itu memuntahkan suaranya. Oh! Indahnya hari ini. Oh Tuhan, janganlah Engkau tenggelamkan matahari untuk hari ini. Aku merayu padamu. Berikan aku kesempatan untuk menikmati hari ini untuk selama-lamanya. Namun, kurasakan masih berlaku kesilapan di sini. Ya! Suara itu begitu romantis menyinggahi gegendang telingaku. Adakah aku di Syurgamu ya Allah?

Sedang aku asyik terleka dengan senyuman jejaka itu, pintu di sebelahku dibuka. Namun tidak ku hiraukan. Kini aku hanya ingin hidup bersamamu. Tiada sesiapa yang dapat memisahkan kita.

‘Maaf ek. U ni sape?’ Tidak ku endahkan suara gemersik di luar sana yang memecah masuk ke gegendang telinga aku ni. Bagi aku, tiada yang seindah jejaka ini.
‘Hey girl. I tanye btol-btol ni. U sape ha? Macam mana U boleh berada dalam kereta my husband?’
‘Hah? Ape! Husband? Bile ko kawen Zahar? Knp aku langsung tidak di khabarkan dengan majlis ko tu?’ Bagaikan peluru terkeluar soalan tu dari bibir munggil yang aku miliki ini. Aku mengalihkan pandanganku kepada wanita di luar kereta Zahar itu. Memandang sayu ke arah perutnya yang sedang memboyot.
‘What? Zahar? Sape tu?.. Hai abang, sejak bile abang bertukar jadi Zahar ni? Abang saje cari pasal dengan saya ni kan?’ Wanita itu melemparkan kemarahannya pada jejaka di sebelah aku ni.
‘Sory miss, I tak faham la.’ Aku masih lagi kebingungan. Kenapa wanita jelita ni ckp Zahar tukar nama?
‘Kalau U nak tahu, ni husband I. Dah 1 tahun kami berkahwin. Dan nama dia bukan Zahar. Dia ni Zamarul Aiman Bin Haji Annuar.’

Aku masih keliru dengan keadaan ini. Maknanya sudah 1 tahun Zahar berkahwin. Tapi aku langsung tidak mengetahuinya? Kenapa ayuni tidak pernah menceritakan semua ini kepadaku? Adakah ini alasan Zahar ingin bawa aku keluar? Ingin memalukan aku? Melukakan perasaan aku? Sampai hati kau Zahar. Aku tidak pernah terfikir kau sanggup buat aku mcm ni. Apa salah aku Zahar? Besar sangatkah salah aku menolak cintamu tempoh hari demi menjaga hati insan yang menyayangi dan menyintai aku setulusnya? Kenapa kau tega memalukan aku sebegini rupa Zahar? Adakah kau ingat maruah aku boleh dipermainkan? Aku seorang wanita Zahar. Aku mempunyai perasaan yang halus. Kenapa Zahar? Kenapa kau buat aku mcm ni? Oh Tuhan.. Engkau percepatkanlah masa supaya hari ini berlalu begitu sahaja. Aku tidak ingin hari ini muncul lagi. Buanglah segala ingatan aku tentang hari ini. Tangisku di dalam hati.

Ku pandang wanita itu sekali lagi. Meminta penjelasan dari sinar matanya. Ya! Matanya tidak menipu. Jejaka itu yang menipu aku. Layakkah aku gelarkan dia seorang jejaka? Tidak!! Jantan! Itu mungkin lebih sesuai. Tiba-tiba kurasakan kehangatan di pipiku. Air jernih mengalir dari tubir mataku. Ya! Air mata kekecewaan. Aku tak sangka Zahar sanggup mempermainkan aku. Mcm mana aku boleh tertipu dengan jantan itu. Knp air mata ini mengalir? Tega kau membiarkan air mata ini mengalir dari mataku yang selalu menjadi igauan ank muda di luar sana. Ah! Aku perlu keluar dari keadaan ini. Aku tidak patut membiarkan jiran sekeliling memandang serong kepadaku. Dengan alasan cuba merosakkan rumah tangga orang. Ya! Aku perlu meminta penjelasan daripada Ayuni. Kenapa dia sembunyikan hal ini padaku. Adakah Ayuni juga ingin mempermainkan perasaanku? Adakah Ayuni juga berkomplot dengan Zahar? Inikah bayaran yang perlu aku bayar dengan nilai persahabatan yang selama ini aku jaga?

Tanpa melengahkan masa, aku melangkah keluar dari kereta itu. Kereta idaman aku. Aku berlari sepantas yang mungkin. Dalam hatiku hanya ada satu. Ayuni. Aku akan menggegarkan rumahku dengan amukan aku. Kau harus bertanggungjawap Ayuni!.

‘Liyana!! Ko nak g mane? Liyana! Liyana!’ Kedengaran suara Zahar menjerit memanggil namaku. Tidak Zahar. Kenyataan tadi telah membunuh Liyana yang kau kenali ini.
‘Aku benci ko Zahar!!!’ Teriakku tanpa menoleh ke arah Zahar.

p/s: nantikan smbungannye.. ada surprise…

Thursday, November 27, 2008

Siz@Ina Merapu

  • cari-carik bulu ayam lama-lama jd bulu tangkis badminton,pasti ayam kebogelan...cian ayam 2...
  • harimau mati tglkn belang..isteri mati tglkn gelang...suami mati tglkn hutang(2 la,laen kali jgn suh suami bli gelang secara hutang)
  • terlajak perahu boleh diundur,terlajak kereta pn bleh undur,terlajak kpl trbang xde gear reverse...sori
  • kalo padi katakan padi....tidak aku ternanti-nanti..kalo sudi kata kan sudi...kalo xsudi.lu pikirlah sndri
  • biar mati laki jgn mati ank (leh kawen lg ape)
  • sebab mulut santan binasa sebab mulut jugak...................nasik abis
  • biar korek hidung,jangan korek tabung
  • kalau tiada angin masakan pokok bergoyang,kecuali kalu ada beruk atas pokok 2
  • berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian,lama-lama kita jd letih.....kn....kn....
  • malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi
  • hujan emas dinegeri orang,hujan batu di negeri sendiri,kalau macam tu lebih baik tak payah hujan
  • air dicincang tak kan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

sesaje j letak..bg korunk gelak sket..lyan j kawan aku yg mmg suke merapu ni....

Wednesday, November 26, 2008

C.I.N.T.A NEW 4

Bab 4

‘Liyana, td aku ada jumpe Zahar. Dia smpaikan salam tok ko. Dia ckp skunk ni dia sibuk ngan study.’
‘Ala, org lain pun stdy gak Ayuni. Tp xde la smpai lupe kwn. Sedih aku dia buat mcm ni.’ Buat-buat seday.
‘Aik..asl lak ko terover sedih ni. Dah, ko pun same lar. Ada ko ingat aku? Hari-hari ko kuo lunch ngan Zafrul.ko biarkan aku ni lunch sorg2. aku lagi sedih tahu tak??’ Alamak!Ayuni dah mula mengamuk. Mula la dia akan buke cerita yang berkurun dia simpan.
‘Lorh,,kan aku ajk ko lunch sekali. Ko yang jual mahal.’ Masa ni aku ckp dengan penuh keibuan.. cam mak kucing layan anaknya.
‘Ko ni Liyana, kalo aku ckp ko lembap ko marah. Mane ada org sggup temankan org lain g dating. Dah la nak bermanje2 dpan aku. Rimas tahu tak!!’
‘Huhu..mne ada la. Ok2 nanti aku buat jadual ek. Aku akn bahagikan masa aku untuk ko n Zafrul dengan berhemahnya.’ Mcm2 la kwn aku ni sorg. Mcm mne aku nak bgtau Zafrul yg aku tak leh nak lunch ngan dia mcm selalu. Ko ni Ayuni, mcm la takde kwn lain.
‘Takpe la Liyana,aku tak kisah pun. Cume aku skunk rs sunyi. Tak dpt gaduh ngan ko time mkn.’ Masa ni muke Ayuni menampakkan kekecewaan. Sedih la plak aku tgk.
‘Dah la Ayuni, aku mnta maaf ok. Sayang ek ko kt aku.’
‘Yang ko nk perasan lebih-lebih ni knp?? Dah la geli aku tgk muke ko mcm tu Cik Liyana oi. Hah, ko tak jwp lagi salam yang Zahar smpaikan td.’
‘Waalaikumussalam w.b.t’ Full package lagi aku jwp.
‘Liyana..ko dgn Zahar tu knp sebenarnya??’
‘Mne ade pape..cm bese je. Ko ngan mamat sepet tu cmne??’ saje aku nak tujar topik. Tak nk la Ayuni tahu tentang aku n Zahar. Nanti dia buka kelas ceramah tak bertauliah dia tu.
‘Ko jgn nk alih topik ek. Mamat mate sepet? Sape tu?’ jerat aku dh mengena.huhu
‘Ala..yg ko dating dekat lebry ari tu. Mamat muke korea tu la.’
‘Ooo..bdak tu. Aku ok je ngan dia. Tp cm tak bez j kalo kami bercinta.’
‘Knp lak?? Ko kan suke dia tu. Dia ada apa-apa kan ko ke?’
‘Takde la. Suke memang la suke. Tapi dia tu cam skema je. Ckp ngan aku pun malu-malu. Langsung tak pandang muke aku yang cam Kajol ni.’
‘Hu..mknenye dia tak berminat la kt ko. So, peluang aku masih terbuka luas lagi la.’ Masa ni aku senyum sorang-sorang dengan penuh makna.
‘Ok. Aku tak kisah. Ko nak, ko amik la. Zafrul ko tu, ko jgn lupa pas kat aku.’
‘Ini dah lebih ni. Tak mo la aku. Ko cari org lain j la.’ Geram tol aku ngan Ayuni ni. Saje je nak leburkan semangat aku untuk carikan buah hati aku ni seorang madu baru menggantikan Zahar.
‘Tahu takut. Ala, ko jgn bimbang. Aku bkn jenis yang mkn kawan. Tapi kan, Zafrul tu mmg ramai peminat kan? Selalu jg la aku tengok junior-junior kite tergedix-gedix ngan boy ko tu.’ Ni yang aku bengang. Sape lak yang nk gugat kedudukan aku sebagai bakal menantu kepada Haji Malik ni. Kalo korg nak tahu, Haji Malik tu bapak Zafrul.
‘Yeke? So Zafrul tu layan tak?’ tanyaku penuh minat
‘ Entah. Aku tak perasan lak. Ala, ko jgn bmbang la. Zafrul bkn mcm tu.’
‘Yeke?? Ok. Kite tunggu n lihat j.’

Bosan plak aku hari minggu camni. Takde ape nak buat. Assignment aku dah siapkn awl-awl. Maklum la, aku ni jenis yang tak suke buat keje last minute. Nak study, mood aku dah hilang pagi-pagi lg. Yela, ada ke patut boypreng aku tu tinggalkan aku. Hari ni kitorang janji nak g memancing. Aku terlambat bangun. So dia tinggalkan aku. Seday woo!!.. Takpe bang. Saya ingat. Api dendam membara. Dalam sibuk aku merancang strategi nak membalas dendam dekat buah hati aku tu, handphone aku berbunyi. Bergegas aku berlari mendapatkan handphone pemberian Zafrul sempena hari lahir aku tahun lepas. Tanpa melihat nama aku terus menjawap panggilan itu. Ku sangkakan Zafrul tapi rupa-rupanya.. Jeng! Jeng! Jeng!

‘Ha! Abang, knp tinggal saya? Kan dah cakap, saya nk ikut juga. Sampai hati abang kan!.’
‘Assalamualaikum. Ni Liyana ke?’ Terdengar lembut suara di sebalik corong telefon ku.
Gulp!! Sape lak ni. Ingatkan Zafrul tadi. Ok. Liyana. Cover cun. Suara lelaki tu. Macam kenal je.
‘Waalaikumussalam w.b.t. Yup Liyana di sini. Siapa di sana?? Buat-buat Cool.
‘Liyana dah tak kenal saya ke?’ Alamak! Berteka-teki la. Patutkah aku melayan?
‘Dah tahu dah. Cayang kan? Rindu abang erk?’ Korang mesti tahu kan siapakah gerangan empunya diri.
‘Masih ingat lagi ko kat aku ek. Ko tunggu panggilan Zafrul ke?’ Sayu je kedengaran suara Zahar di gegendang telinga aku.
‘Mestilah ingat. Ko kan cayang aku. Tak de la. Aku tak tunggu panggilan dari sesiapa. So, ko sihat tak? Lama menyepikan diri.’
‘Alhamdulillah, aku masih diberikan nikmat itu oleh Nya yang maha berkuasa.’ Pergh! Ayat tak boleh blah.
‘So, ada hal ape ek ko call aku ni? Nak blanje makan ke?’
‘Ko free tak hari ni? Aku ingat nak ko temankan aku tgk wayang. Dah lama tak habiskan masa aku dengan ko.’ Pang! Saje aku tampar muke aku ni. Aku bermimpi ke? Zahar ajak aku tgk wayang? Bez nye. Aduih. Sakit la plak pipi aku ni. Jangan tinggalkan cop ‘Body Glove’ sudah la.
‘Free..Free.. nak tgk crite pe? Cayang belanja ke? Nak g kol bape? Naik ape? Katne?’ Banyak la plak soalan aku. Nampak sangat la aku ni memang menantikan saat ni. Lempang mulut ni baru tahu.
‘Nanti kite decide ok. Ko siap-siap. Dalam kol 3 petang aku datang amik ko kat umah. Jangan lupa minta kebenaran dengan pihak yang sepatutnya.’ Sempat lagi memerli aku tu.
‘Ok set. Aku tunggu tau. Ko jangan bawa kereta waja ko tu tau. Bawa je kereta kelisa mak ko. Tak bez la naik kereta besar ni. Lagipun jimat minyak’ Kepada korang semua. Belilah barangan buatan Malaysia.


p/s: Nak tahu ape jadi ngan dating aku dengan Zahar ni?? Nantikan episod seterusnya. Kepada pembaca semua, hope korg suke la ngan cerita aku ni.

C.I.N.T.A NEW 3

bab 3


Bengangnya aku!!! Ada ke patut dia tak nampak aku yang comey lote ni. Beria-ia aku melambai tangan ke arah Zahar n da geng. Tp dia leh buat tak pandai je. Malu pon ada sbnarnya ni. Tak pernah ada lelaki tak layan lambaian tangan aku ni..hu2 ( Comey sgt la katakan ). Dah la ramai orang kat cafeteria ni. Tak pe Zahar. Ko tggu la. Aku akan balas juga nanti.

Dalam aku ngah membebel sorang-sorang dalam hati aku ni, lagu ‘Purnama Merindu’ nyanyian penyanyi nombor satu Malaysia berkumandang menandakan buah hati aku tengah cari aku. Si Zafrul ni cam tahu-tahu je aku ngah bengang. Cam bese la, kalau dgr je suara buah hati aku ni, semua bengang-bengang aku melarikan diri. Terbit rasa bahagia lak. Huhu..

‘ Assalamualaikum ’ tengok..sopan santun sebenarnya aku ni.korang je cakap aku brutal.
‘ Waalaikumussalam. Sayang katne ni?? ’ beznye dapat dgr suara macho Zafrul..
‘ Saya kat cafe ni.kenapa?? abang katne?? ’
‘ Abang kat taman ni. Tadi sayang janji nak jumpe abang kat sini. Dah dekat 30 minit abang tunggu. Dah la abang lapar ni. Sayang leh lak g minum kat sane. ’
Alamak..camne lak aku leh lupe aku dah janji ngan Zafrul nak jumpa dia kat sana. Mati aku. Dia ni kalau merajuk boleh tahan.
‘ Sory abang. Tadi ayuni paksa saya teman dia p beli air. Tu yang tiba-tiba terpacak kat cafe ni. Abang tggu jap. Dalam 5 minit lagi saya sampai. ’ Padan muka ko Ayuni. Sebab ko la aku ternampak si Zahar n terus lupe janji aku kat buah hati aku tu.
‘ Ok. Cepat tau. Abang dah lapar sgt ni sayang. ’
‘ Ok..ok. roger n get out. ’

Aku pun dengan gaya ganasnya berlari ke arah taman. Nasib baik ada coklat Cadbury dalam beg aku ni. Leh la bagi kat Zafrul untuk pujuk dia. Tanda sory dari aku. Tu la.. sape-sape yang dapat aku memang bertuah. Sebab aku ni romantik.. Romantik k?? yela. Aku suke buat surprise. Kalau aku buat salah, aku akan bagi coklat tanda sory dari aku.





Hari-hari yang aku lalui semakin indah. Cinta aku dan Zafrul pun makin mekar bak bunga yang sedang berkembang. Zafrul pun makin banyak meluangkan masa dia untuk aku. Aktiviti sukannya terpaksa direhatkan buat sementara waktu kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. Makin la aku bahagia. Ini la saat yang aku tunggu-tunggu. Bermanja ngan buah hati aku.


Namun, dalam kebahagiaan masih ada kekecewaan dalam diri ini. Bukannya aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada, tapi aku kecewa dengan sikap Zahar yang menjauhkan diri dari aku. Tak kan tidak ada sedetik pun dalam hidupnya merindui saat bersama aku. Sesungguhnya aku amat merindui persahabatan dan kenangan aku bersama Zahar.
Kenapa hidup ini perlu pura-pura?? Zahar, kau harus tahu, aku juga menyayangimu. Namun aku tidak boleh mendustai dan mencurangi kasih dan cinta yang telah Zafrul laburkan untuk aku. Dia terlalu baik dan aku tidak sanggup untuk melukakan hatinya. Chewah… pandai gak aku mengayat kan??




‘ Liyana, ko perasan tak yang Zahar dah lama tak jupe ko?? ’ aju Ayuni untuk aku.
‘ Lorh, ko baru perasan ke?? Zahar marah aku. ’ Tiba-tiba aku buat muka seday…
‘ Knp dia perlu marah ko?? Ko btpe?? ’
‘ Aku pun tak tahu apa slh aku. Mungkin aku dah banyak kecewakan dia. ’
‘ Asal lak ko kecewakan dia. Aku tak faham la Liyana. ’
‘ Aku pun tak faham. So, aku rasa baik ko tak yah faham. ’
‘ Ko slalu mcm ni. Bengang la aku. Aku ni kwn ko ke tak? ’
‘ Dh la. Ko jgn nak buat muke 5 sen ko tu. Tak de ape yang aku smbunyikan dr ko. Mungkin zahar nak bagi chance kat aku ngan Zafrul..hu2..’
‘ Dah la Liyana. Aku g Library dulu. ’
‘ Aik, sejak bile lak ko suke g library ni? Tak kan mrh aku smpai nak rajin kan diri pergi study. Tak yah la Ayuni. Nanti ko terlebih pandai dari aku. Habislah jatuh saham aku. ’
‘ Ko memang. Langsung tak bagi aku chance nk lebih daripada ko. Aku ada date ngan mamat muke korea tu la. ’
‘ Aik..musykil aku. Cmne mamat tu leh declare nak date ngan minah kacukan mamak cam ko ni. ’
‘ Sketi mamat tu la. Yang pasti, dia dlm genggaman tangan aku. ’
‘ Tapi kan, knp mamat tu nk date ngan ko kat lebry. P la kat Taman Bunga k, Taman Rama-rama k or Taman Biawak. Bez la jugak. ’
‘ Aku pun tak faham gak Liyana. Tp melalui sumber-sumber yg boleh di percayai, mamat tu ulat bulu..ops silap..ulat buku la. ’
‘ Oooo.. weh, ape nama mamat tu?? ’
‘ Ko sibuk nak tahu pesal?? ’
‘ Ok, dah pandai menyombong ngan aku ek. Xpe, ko tggu la. Aku akn lbh tahu tntg dirinya daripada ko. Jgn smpai aku pikat dia dah la. ’
‘ Dah la. Mls nk layan kemiangan ko tu Liyana. Aku blah dulu. ’

Cinabeng tol kwn aku ni sorang. Dpt mamat encem bkn nk share ngan aku. Dah la aku yang nampak mamat tu dulu. Nyesal aku tunjuk kat dia. Omel aku dlm hati. Ala, Zafrul aku lagi encem. Lantak la ngan mamat korea tu. Kalau kawen dapat ank mata sepet. Tak mo la.


p/s : aku stop sini dulu..t ada masa aku smbung lagi..jgn lupe tinggalkan komen anda. Komen anda akan menghangatkan lagi cerpen aku..huhuhuhuhu…

C.I.N.T.A NEW 2

Bab 2


‘ Ko kena faham keadaan aku Zahar. Aku milik Zafrul. Aku tak sanggup tinggalkan dia. Lagipun dia terlalu baik pada aku. Kalau ko pun,ko tak kan tinggalkan dia kan? ’
‘ Liyana, aku tak paksa ko terima aku. Aku cuma nak ko tahu perasaan aku. Perasaan yang aku pendam semenjak first time kite keluar. Masa tu aku terpegun melihat gadis yang baru ku kenali begitu ramah melayan kerenahku yang pendiam ni. ’
Dalam hati aku ( perasan tol si Zahar ni. Aku layan dia ke??haha yela. Dia la.tak kan mat bangla lak.)
‘ Ko tahu tak Liyana, masa aku tahu yang ko ni belum ada boy, aku happy sangat-sangat. Aku cuba rapatkan diri aku dengan ko, tapi aku malu. Aku takut ko tak terima aku. Sebab tu aku tak luahkan isi hati aku ni. Lagipun, Ayuni pernah bgtau aku yang ko belum bersedia untuk bercinta. Sebab tu aku takut nak luahkan isi hati aku pada ko.’

Lupa aku nak kenalkan pada korang. Ayuni ni, roommate aku. Dia la yang bertanggungjawab kenalkan aku pada Zahar ni. Dia kawan lama si Zahar lembap ni. Haha.. padan muka ko Zahar. Dapat lagi lembap daripada aku yang comey ni.

Lepas daripada malam tu, sudah 2 minggu Zahar tak hubungi aku. Setiap masa aku menunggu mesej daripada dia. Nak tunggu telefon, haram. Dia ni memang dah terkenal ngan sifat bakhilnye tu.

So..ape patut aku buat erk?? Ala, tak best la asyik aku je pujuk dia. Ni yang buat aku bengang ni.

‘ Salam…cayang marah abang ke?? ’ hehe..saje aku nak menyakat si Zahar tu. Aku memang selalu bahasakan aku abang n dia cayang pun.
‘ Mmm.. takde la. ’ Yes! Yes! Zahar tu dah balas. Ada respon ni.
‘ Zahar..aku rindukan ko. Bila ko nak dtg jupe aku??’
‘ Aku ingatkan takde sape yang sudi rindu aku ni. Aku tak nak la ganggu ko lagi Liyana. Setiap kali aku mesej ko, aku sebak ko tahu tak. Tak boleh la Liyana. Aku terlalu sayangkan ko. ’
‘ Aku pun sayangkan ko juga. Sayang sebagai kawan. ’
Sekali lagi Zahar menyepikan diri. Mesej aku pun tak berbalas. Sampai hati ko Zahar.





Hubungan aku dengan Zafrul semakin lama semakin sepi. Dia dengan dunia sukannya. Langsung tidak ambil peduli tentang hati dan perasaan aku. Cari yang lain baru tahu. Hihi… nasib baik Zafrul tu dapat awek yang baik cam aku ni. Kalau tak, dah lama menduda.huhuhu..



Kadang-kadang aku terlalu sunyi. Walaupun berteman,hidup aku bagaikan kosong. Zafrul langsung tak ambil tahu tentang perasaan aku. Kadang-kadang, seminggu sekali je kami akan jupe. Dia tak rindukan aku ke?? Dah la malas nak fikir tentang buah hati aku tu lagi. Lantak dia la. Dia tak nak, aku cari yang lain. Dia ingat aku tak laku ke??

Final exam tuk semester ni makin hampir. Aku terlalu sibuk membuat ulangkaji. Yela.. tak kan aku nak dapat poiter rendah lak. Aku kan harapan family aku. Nak harapkan adik-adik aku?? Hampeh semuanya. Kenapa la dia orang tak sepandai aku. Kadang aku tanye gak ibu aku. Huhuhu..sesaje nak memperlekehkan adik-adik aku. Tapi, dorang buat tak pandai j..geram aku!!

Dalam sibuk aku duk study tu, aku dikejutkan dengan berita yang Zafrul kemalangan… sedihnye.. so, hari-hari aku terpaksa berulang alik ke hospital menjaga buah hati aku ni. Nasib baik aku dah prepare awal untuk exam. Kalau tak, tak dapat la tunjuk kat bakal mak mentua aku yang aku ni baik.huhuhu.. mesti mak mentua aku tak sabar nak buat aku menantu dia. Beznya…tak sabo nak kawen.hik2. gatai ko ni Liyana.



Sepanjang cuti semester, aku hanya berulang alik ke hospital menjaga Zafrul. Kecederaan yang di alaminya agak teruk kerana hentakan yang kuat semasa jatuh. Namun aku bersyukur Zafrul masih selamat dan masih boleh untuk senyum melayan aku.huhu.. sayang betul aku pada ko Zafrul.. kenapa yerk?? Ala, ko kan boypreng aku..


Setelah puas bercuti, kini aku terpaksa kembali untuk menyemakkan kepala aku dengan pelbagai lagi fakta-fakta yang terpaksa ku hafal. Dengan kata lain, semester baru telah bermula. Semester baru, azam baru, lecture baru, lecturer pun baru, paling bez dapat kereta baru daripada ibu aku sempena result aku yang memang Da Boom.. boypreng tak baru tau. Sebab kau ni jenis yang setia. Beruntung betul Zafrul tu kan. Zafrul pun semakin sihat. Dia terpaksa mengulang semester kerana, korang kan tahu, dia kemalangan. So tak dapat amik final exam. Kesian dia. Tak pe sayang, aku akan setia bersamamu.


Dah lama aku tak dengar berita tentang Zahar. Dia betul-betul menyepikan diri daripada aku. Sihatkah dia?? Perlukah aku yang memulakan dulu. Itu sememangnya. Sebab aku memang dikenali dengan sikap suka mengalah.

‘ Salam. Cayang buat pe? Sihat tak? Abang dengar cayang dapat dekan ek sem lepas. ’

Lama juga aku menanti mesej daripada zahar. Namun tiada balasan. Kecewanya hati ini. Zahar dah tak sudi jadi kekasih gelapku ke?? Tak apa la. Ramai lagi yang menunggu giliran belakang Zahar tu. So…next..hik2..

p/s: Nantikan sambungannye. Sory sesangat aku dah takde idea ni. Tengah pening kumpul maklumat nak buat report ni. Tensyen2..jgn lupe tinggalkan komen anda

Tuesday, November 25, 2008

C.I.N.T.A NEW 1

Bab 1

‘ Oit cepat la datang. Aku nak guna laptop ni. Esok dah kena hantar assignment ni ’ Tengking aku. Garang ugak la aku ni.
‘ Jap la.aku nak mandi dulu. Tak reti nak sabar ke ko ni? ’ Penuh kesopanan jawapannye. Cam nak bagi back kick je mamat ni
‘ Ok..ok..chow. ’

Ni la aku..Seorang gadis yang tak berapa cun. Tapi boleh la. Perasan sendiri. Dah tu, korang bukan nak puji pun. Apa aku dah melalut ni. Ops lupa lak nak kenalkan. Mamat tu, nama dia Zahar. Aku, korang just panggil Liyana jer. Kalau korang nak tahu, Zahar ni kawan aku. Merangkap kekasih gelapku. Dia ni banyak tolong aku kalau laptop aku ‘sakit’. Kiranya cam doktor r. Saja bagi gelaran tu. Aku rasa, dia pun suka. Yang beznye, tiap kali aku hantar laptop aku kat dia, tak payah pening kepala nak bayar. Free jer. Ni yang buat aku sayang sangat-sangat kat dia.


‘ Aku dah ada kat depan rumah ko ni. Cepat la kuar ’
‘ Jap yer Darling. I nak pakai make-up jap.’
‘ Dah-dah. Ko lambat, aku blah jew ’
‘ Ko tak rindu ke nak tengok bulu kaki aku. Jap la. ’
Dengan gaya gedix dan menggoda ala-ala ‘ Kareena Kapoor ’ aku buka gate rumah aku.
‘ Ko ni kan, cakap aku tak sabar. Ko lagi ler. Gelojosh ’
‘ Dah tu, tadi ko juga yang nak cepat kan. ’
‘ Ala, aku saje je nak jupe ko cepat. Dah tak tertahan rindu ini Sayang. Hahahah… ’ Meledak la ketawa aku yang ala-ala baboon dapat bunga. Tapi, ada ker? Apa-apa la.
‘ Yang ko nak menggatal sangat ngan aku ni kenapa huh? Nanti aku report sama ko punya balak baru tahu. ’ Siap buat mata terjenggil lagi kat aku. Apa aku heran. Lantak ko la. Asal aku dapat lepas bosan aku ni. Hahahaha..
‘ Ko dah makan ke? Aku lapar r. Takde sape nak teman aku makan Char Kuew Teow yang bez n da boom tu. Ko temankan aku leh? ’
‘ Patut la. Aku dah agak dah. Mesti ada hal lain yang ko nak sangat aku datang awal-awal ni. Aku pun tak makan lagi ni. Eh, kenapa ko tak kuar makan ngan balak ko? Gaduh lagi ker? ’
‘ Takde r. Dia cam bese r. Ada training bola la. Bukan ada masa untuk aku ni. Nasib baik aku ada ko. Leh la nak manja-manja. Kan sayang..’ Meluat aku dengan regekan manja aku ni. Si Zahar ni apatah lagi kan. Aku peduli apa. Meluat ke, menyampah ke perut aku ni dah berlaku dongdang sayang minta di isi.
Kalau korang nak tahu, aku kenal si Zahar ni sebelum aku kenal Boypreng aku lagi. Tapi antara kami takde jodoh. Dia dan aku masing-masing dah berpunya. Awek dia belajar kat Nilai tak silap aku la. Tak pun dekat seremban. Mana-mana la. Aku peduli ape ngan awek dia tu. Eh, eh.. madu aku la. Hahaha… boypreng aku lak, belajar satu kolej ngan kami berdua. Cuma lain-lain kos je. Aku ambil business, si Zahar ni ambil perakaunan, dan boypreng aku budak IT. Boypreng aku ni kira famous la juga di kalangan lecture kitorang. Dia budak Sport. Bola sepak, futsal, hoki, kadang-kadang takraw pun dia rembat. Lantak ko la Sayang. Asal ko bahagia. Hehe. Jangan kutuk. Buah hati aku tu.

Berbalik pada cerita aku dengan kekasih gelapku, Si Zahar tu. Aku pun kadang-kadang tak tau apa kena ngan aku ni. Walaupun aku dah ada boypreng, aku still nak manja-manja ngan Zahar ni. Si Zahar ni pun satu. Bengap tol la. Dia pun layan jer kemanjaan aku ni. Hehehe…
‘ Zahar sayang, kenapa dulu ko tak tackle aku hah? Kalau tak, tak payah la kita macam ni. ’
‘ Takde soalan lain ker? Kan minggu lepas, minggu lepas kepada minggu lepas, minggu lepas kepada minggu-minggu lepas, lepas lagi dan lagi lepas, aku dah bagitau. Ko ni nyanyuk ke apa? ’
‘ Ko ni, tak kan la aku yang nak tackle ko. Gila ke apa? Hilang le kegadisanku nanti. ’
‘ Ko pun tau kan, aku ni pemalu.hahaha.. tapi tu dulu la. Sekarang aku dah gentle erk. ’
‘ Gentle apa? Gaduh ngan cewek pun ngadu kat aku. Pooooorahhhh…’
‘ Ala, aku dah takde tempat nak ngadu. Ko la satu-satunya yang memahami kehendak aku ni.’
‘ Kehendak???? ’ ku kenyitkan mataku pada Zahar.
‘ Dah, buat la otak gila ko tu Liyana. Nanti aku minta betul-betul baru ko tahu.’
‘ I rela…hahaha.. dah.. dah.. geli aku.’
‘ Ko yang mula dulu ek. Liyana, kenapa ko tak tunggu aku?? Ko tahu tak, aku nak cakap kat ko, tapi aku takut. Yela..mana la tahu ko tolak aku mentah-mentah. ’
‘ Ko ni, aku cakap lembap, ko marah. Kan dah macam-macam aku bagi hin kat ko. Ko tu jer yang tak perasan. ’
‘ Dah, ko tahu aku ni lembap, kenapa ko tak cakap jer yang ko suka aku?? ’
‘ Dah.. semua dah takdir Zahar. Aku bukan milikmu..hahaha.. ’
‘ Ko ni, aku siyes, ko main-main erk. Ko bahagia ke? ’
‘ Bahagia ape??? ’
‘ Jangan la main-main. Aku siyes ni ’
‘ Aku pun siyes ni. Bahagia apa? ’
‘ Dah la ko, blah la.’ Zahar pun bangun nak berlalu..
Aku?? Jeng!! Jeng!! Jeng!! Jeng!!
‘ Zahar, aku bahagia. Dia jaga aku dengan baik. Ko jangan macam ni. Ko kan dah ada Yani. Dia pun jaga ko dengan baik kan. Jangan sia-sia kan dia ok. ’ Masa ni aku pengang tangan Zahar. Konon-konon halang dia pergi la. Nak pegang bahu tak sampai. Maklum la aku ni Ketot. Eh.. Sesuai ke that word?? Tak..tak sesuai. Aku ni hanya kurang tinggi. Ni baru betul.
‘ Liyana, ko tahu tak aku sayang sangat kat ko. Aku dah tak leh sembunyi lagi. Aku tak mahu kejam dengan diri aku sendiri. Aku tak sanggup nak tipu Yani lagi. Aku dengan dia dah putus minggu lepas. ’
‘ Tapi kenapa? Aku tengok Yani layan ko elok je. Tak penah lak aku dengar dia buat hal. Merajuk tu biasa la. Perempuan. Macam aku la. ’
‘ Aku tak sanggup Liyana. Aku bercinta dengan dia. Tapi hati aku takde pada dia. Aku sayang ko. I…I … I realy love u Liyana. ’ Ha. Tergagap si Zahar nak cakap yang dia cintakan aku. Apa?? Dia cintakan aku. Yes! Yes! Dia dah cakap. Ni la saat-saat yang aku tunggukan. Tapi, aku tak leh terima dia. Aku tak leh buat macam ni pada Zafrul. Boypreng aku tu la. Apa patut aku bagitau ni?? Ya Allah.. Tolong la hamba mu yang lemah ini

p/s : Nantikan sambungannye erk. Tapi, aku nak tengok pendapat korang dulu.
Kot-kot ada apa-apa yang perlu aku ubah. Ni first time aku tulis tok UMUM.Dulu aku tulis gak. Tapi untuk aku n kawan-kawan je la.jangan lupa komen tau.

Nilai sebenar kehidupan ini

Aku sendiri masih meniti hari-hari untuk mencari di mana ertinya kehidupan. Semakin aku mencari semakin aku keliru dengan kehidupanku. Mengapa seringkali aku kecundang dalam melayari hari-hari yang begitu indah ini. Adakah aku hanyut dalam pelayaran yang aku sendiri tidak tahu di mana perhentiannya. Aku mencari erti kebahagiaan. Kebahagiaan yang di idamkan semua insan. Namun kebahagiaan itu semakin menjauh. Akan ku cuba untuk mengejarnya. Ku tunggu saat itu....