Tuesday, December 9, 2008

TERLANJUR MANYINTAIMU

Dari dahulu..
mendengarkan suaranya..
siapakah itu..
intan atau permata..
lalu kutulis kata-kata pujangga..
menghiasi isi hatiku..
hanya untukmu..

luas lautan..
usah cuba di duga..
jadi ingatan..
teman sebagai pedoman..
lalu ku terus cuba mendekatimu..
tetapi aku tertewas..
kita tak serupa..

kau bandingkan ku dengan kekayaan..
ternyata aku ketinggalan..
walau ikhlas menyintaimu..
kau hina tanpa rasa simpati..
masih kedengaran..
cinta yang kucari..
baru kini aku sedari..
bukan mudah untuk melewati..
sememangnya aku bersalah..
tidak mengerti..

ku antara sejuta..
yang meminatimu..
terlanjur menyinta dengan tulus suci..
Tanpa jawapan pasti...

Friday, December 5, 2008

C.I.N.T.A NEW 6

Bab 6

‘Liyana, tunggu aku! Knp lak ko ckp ko benci aku? Apa salah aku?’ Tercungap2 Zahar mengatur bicara. Seperti baru lepas main futsal untuk 10 minit. Bahu aku digenggam erat leh tangan kasar Zahar.
‘Apa salah ko? Ko leh tanya aku balik? Hey, apa ko dah buat kat aku hah? Ko tipu aku Zahar.’ Dalam esak tangis terluah juga butir bicara dari bibir aku.
‘Apa yang aku tipu Liyana? Aku tak pernah tipu ko lah.’ Tenang sahaja Zahar menjawab. Seolah-olah tiada apa-apa pun berlaku sebentar tadi.
‘Aku benci ko Zahar! Benci!’ Dadanya yang bidang ku pukul-pukul.
‘Ok, sebelum tu aku nak tahu,kenapa ko naik kereta kelisa tu? Dan kenapa wanita mengandung tu marah-marah ko?’
‘Ko dah gila ke Zahar? Tu kan kereta ko! Dan wanita ngah boyot tu, isteri ko!’ Tengking aku.
‘Ko ni knp Liyana? Aku mana kahwin lagi. Dan, kereta tu bkn kereta aku. Kereta aku kat bawah pokok tu.’ Sambil tangan dia menunjuk ke kereta kelisa yang berada di bawah pokok rendang berdepan dengan rumah sewa aku.

Mata aku melilau mencari kebenaran yang tersembunyi. Aku terpandang jejaka yang telah membuatku dibuai mimpi sebentar tadi menghampiri aku. Ya, lelaki itu keluar dari perut kereta kelisa yang terparking di depan gate rumah aku. Kereta yang aku naiki sebentar tadi? Kenapa lelaki itu? Bukankah sebentar tadi Zahar yang memandu kereta itu? Mainan apa yang Engkau cipta ni ya Allah.

Jejaka tadi menghampiri aku sambil memimpin tangan isterinya tadi. Wanita yang tengah sarat mengandung itu. Ku lihat ada air jernih yang mengalir dari mata wanita itu. Berdosakah aku menyebabkan insan yang tidak bersalah mengalirkan air mata?

‘Boleh saudari jelaskan apa yang berlaku tadi?’ Jejaka tadi memulakan bicaranya. Ah, suaranya yang tadi ku dengar begitu romantis bertukar garau dan menakutkan. Kecut perutku ketika itu.
‘Emm..emm.. Sa..sa..saya minta maaf. Saya tersalah naik kereta. Saya ingatkan tu kereta kawan saya ni.’ Terketar-ketar aku menjawap. Nak terkencing pon ada ni. Kalau la Ayuni tahu..mahu tercirit dia gelakkan aku. Ayuni. maaf. Aku telah salah sangka dengan persahabatan kita.
‘So sekarang saya nak saudari minta maaf dengan wife saya ni.’ Mendatar j suara jejaka itu.
‘Kak, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak berniat pun nk buat semua ni. Td, saya ingatkan tu kereta kawan saya, si Zahar ni. Tu yang saya tak bagi salam terus redah masuk je.maafkan saya ye kak. Saya langsung tak kenal suami akak ni.’ Aku rasa la, Zahar kat sebelah aku ni tengah tahan gelak. Habis la aku. Mesti dia gelak sakan pas ni. Siap ko Zahar. Ko yang sebabkan aku alami peristiwa yang betul-betul memalukan ini.
‘Takpe dik. Akak pun minta maaf sebab tengking adik tadi.’
‘Saya memang patut kena tengking pun kak. Salah saya. Terima kasih ye akak, abang.’ Merah menyala muke aku time ni. Malu yang teramat sangat.

Selesai bersalam dengan wanita tadi, ku jeling muke Zahar. Tiada apa-apa reaksi pun. Kami menghantar suami isteri itu dengan pandangan mata sehingga ke kereta mereka. Aku dan Zahar masih terpacak di depan gate rumah aku sehingga kereta kelisa milik mereka meninggalkan kawasan rumah aku. Lepas tu, Zahar tarik tangan aku dan kami berdua bergegas masuk ke dalam kereta. Aku pandang Zahar. Zahar pun pandang aku. Masa ni aku rasa macam nak cubit j hidung Zahar. dia Nampak cute sangat. Geram aku.

Dalam 2,3 minit gak la aku ngan Zahar dok menjeling-menjeling mcm tu. Dan tak sampai 2 saat meletus la ketawa aku ngan Zahar yang ala-ala Bigfoot dapat bunga dari monyet. Sampai terkeluar air mata kitorang. Malu pun ada sebenarnya. Seb baik aku ni comey. Takde la kisah sangat.

‘Ko ni lawak la Liyana. Cmne la ko leh naik kereta lain. Takkan ko tak perasan tu bkn aku. Ngokngek tol la.’
‘Hehe..Aku pun tak tahu la kenapa ngan aku ni. Yela aku terpegun sebenarnya. Kenapa lak ko leh berubah jd Brad Pitt. Ingatkan ko buat pembedahan macam Mickhel Jackson. Tiba-tiba jadi putih melepak. Tapi mamat tu memang hensem la wey. Geram aku. Nasib baik dah ada bini. Kalo tak aku offer j diri aku ni jadi bini dia.’
‘La. Boleh apa. Dia ada 3 lagi kosong tu.’
‘Ko gila? Dah ko tahu aku ni cemburu tahap bangau. Ko leh lak cadangkan aku jadi bini muda? Tak ke naya madu aku tu. Hari-hari tidur sengsorang.’
‘Ko memang, tamak haloba.’
‘Baik aku jadi bini ko. Lagi bez.’ Mulut ni gatal tol la. Aku cili baru tahu. Kupandang Zahar. Berubah air muka dia.
‘Ko nak k? aku leh gi pinangkan sekarang ni.’
Aku cume buat muke kambing wangi jer. Tak tahu nk jawab ape. Hope ko fhm la Zahar.
‘Hoi bile nak gerak ni? Dah naik kematu punggung aku ni.’ Saje je aku sergah Zahar. Lame sgt mamat ni mengelamun. Bayangkan aku nikah ngan dia la tu. Hik2.
‘Ok Mam. Kite nak gi mane ni?’
‘La. Ko yang belanja. So ko la decide.’


Dalam dok aku ngah mengelamun dalam kete Zahar tu, tibe-tibe lagu favourite aku berkumandang di corong radio. Zahar pun dengan understand nye kuatkan volume. He2. Lagu Bila Diri Disayangi dari kumpulan Ukays yang popular pada masa dulu benar-benar membuatkan hati aku ni sayu. Aku pun tak tahu kenapa. Secara automatic aku akn ingat kat sape-sape yang sayang aku. Termasuk la si Zahar ni. Tapi paling penting, mesti la boy aku tu. Abang, I realy love U. he2. Jangan marah.

Aku pandang Zahar. Dia begitu sempurna di mata aku. Tapi aku tak boleh menerima cinta yang dia hulurkan buatku. Kau seharusnya tahu Zahar, aku bukan diciptakan untuk kau. Mungkin Allah dah ciptakan hawa yang lebih baik untuk kau. Janganlah kau musnahkan persahabatan kita dengan perasaan cinta yang membara dalam hati kau. Aku tahu, aku tidak berhak untuk menghalang kau dari menyintaiku. Namun aku masih punya kuasa untuk tidak membiarkan kau jauh lebih hanyut membina harapan untuk cinta itu.


p/s: sambung di episode yang lain.

Thursday, December 4, 2008

ORaNg YanG akU sAyaNg

ni aKu nGAn BoY aku..
ni KaWan BaiK aku..
namE dIa IpaH..
diA je Yang FaHAm aku..
Sbb Tu AKu SayaNG SangaT dIa Ni..
NAk NGorAt??
SoRy...
DiA Ni MmG sSah Nak DapAt..
ni PLak KawaN BArU aku..
Aku Suke Kawan nGan Dia Sbb DiA ni x Smbunk..
PlinG pnTing Dia Ni seKepAla nGan Aku..
Geli Plak AKu tgk MUke MAnjE dia NI..
hAi aShraf..
TAk TIdo mALam LA Ko..

KawAn2 AKu..

AkAk GaS AbaNg Df AkAk KaSeh
AkAK AiNa

HuD-hUD YanG CoMEy


DYaN YanG RoCK SiZukaS CoMot



Monday, December 1, 2008

C.I.N.T.A NEW 5

Bab 5

Lambat plak si Zahar ni. Janji pkul 3 ptg. Sekarang ni dah pkul 3.05 ptg. Tp dia tak muncul-muncul juga. Pantang tol aku kalo nak menunggu org ni. Betul la kata orang. Penantian itu suatu penyeksaan. Kalo dua minit lagi dia tak datang, aku akan lancarkan perang kus-kus. Tengok la nanti. Pon! Pon! Tak sampai 1 minit 24 saat kereta kelisa milik mak Zahar sudah terparking kat depan gate umah sewa aku. Nasib baik ko sempat Zahar.

Dengan penuh keayuan aku melangkah ke arah kereta Zahar tu. Dan tanpa segan silu aku terus membuka pintu kereta bersebelahan dengan tempat Zahar dan menghenyakkan punggung aku kat kerusi empuk tu. Terasa nyaman air-cond yang sedia terpasang ditambah dengan bauan yang sememangnya mengasyikkan. Alangkah bertuahnya aku kerana lahir pada zaman yang penuh dengan kecanggihan ini.

Tapi, ada sesuatu yang mengganggu aku. Kenapa mata jejaka di sebelah kananku ini melekat ke arah wajahku seolah-olah terpaku dengan keayuan wajah yang ku miliki ini? Zahar, ko jangan la pandang aku macam ni. Lemas aku tahu tak. Omel ku di dalam hati. Namun, mata itu masih memandangku. Tapi penuh dengan persoalan. Seperti sedang mengingati rumus matematik. Aku tidak boleh berdiam diri. Aku perlu mengawal keadaan ini. Jejaka itu perlu di ingatkan bahawa aku milik Zafrul.

Lantas aku menoleh ke kanan. Mata aku dan mata jejaka itu terpaut. Memancarkan sinar yang aku sendiri tidak mengerti. Adakah pancaran sinar bahagia yang sedang menyelimuti mata kami. Ah. Mata itu. Mata itu membuatkan aku keluh resah. Mata itu menyebabkan aku lupa siapa aku yang sebenar. Ya! Mata itu. Siapakah pemilik mata ini? Ku pandang hidungnya. Alamak! Penyek la plak. Bibirnya yang galak melemparkan senyuman kepadaku ku renung. Di sebelah bibir tersebut tersembunyi sepasang lesung pipit yang hanya kelihatan apabila si pemiliknya tersenyum atau ketawa kegembiraan. Sungguh indah ciptaanmu Tuhan. Bahagianya aku jika aku diberi peluang memiliki jejaka itu.

‘Hai’ Jejaka itu memuntahkan suaranya. Oh! Indahnya hari ini. Oh Tuhan, janganlah Engkau tenggelamkan matahari untuk hari ini. Aku merayu padamu. Berikan aku kesempatan untuk menikmati hari ini untuk selama-lamanya. Namun, kurasakan masih berlaku kesilapan di sini. Ya! Suara itu begitu romantis menyinggahi gegendang telingaku. Adakah aku di Syurgamu ya Allah?

Sedang aku asyik terleka dengan senyuman jejaka itu, pintu di sebelahku dibuka. Namun tidak ku hiraukan. Kini aku hanya ingin hidup bersamamu. Tiada sesiapa yang dapat memisahkan kita.

‘Maaf ek. U ni sape?’ Tidak ku endahkan suara gemersik di luar sana yang memecah masuk ke gegendang telinga aku ni. Bagi aku, tiada yang seindah jejaka ini.
‘Hey girl. I tanye btol-btol ni. U sape ha? Macam mana U boleh berada dalam kereta my husband?’
‘Hah? Ape! Husband? Bile ko kawen Zahar? Knp aku langsung tidak di khabarkan dengan majlis ko tu?’ Bagaikan peluru terkeluar soalan tu dari bibir munggil yang aku miliki ini. Aku mengalihkan pandanganku kepada wanita di luar kereta Zahar itu. Memandang sayu ke arah perutnya yang sedang memboyot.
‘What? Zahar? Sape tu?.. Hai abang, sejak bile abang bertukar jadi Zahar ni? Abang saje cari pasal dengan saya ni kan?’ Wanita itu melemparkan kemarahannya pada jejaka di sebelah aku ni.
‘Sory miss, I tak faham la.’ Aku masih lagi kebingungan. Kenapa wanita jelita ni ckp Zahar tukar nama?
‘Kalau U nak tahu, ni husband I. Dah 1 tahun kami berkahwin. Dan nama dia bukan Zahar. Dia ni Zamarul Aiman Bin Haji Annuar.’

Aku masih keliru dengan keadaan ini. Maknanya sudah 1 tahun Zahar berkahwin. Tapi aku langsung tidak mengetahuinya? Kenapa ayuni tidak pernah menceritakan semua ini kepadaku? Adakah ini alasan Zahar ingin bawa aku keluar? Ingin memalukan aku? Melukakan perasaan aku? Sampai hati kau Zahar. Aku tidak pernah terfikir kau sanggup buat aku mcm ni. Apa salah aku Zahar? Besar sangatkah salah aku menolak cintamu tempoh hari demi menjaga hati insan yang menyayangi dan menyintai aku setulusnya? Kenapa kau tega memalukan aku sebegini rupa Zahar? Adakah kau ingat maruah aku boleh dipermainkan? Aku seorang wanita Zahar. Aku mempunyai perasaan yang halus. Kenapa Zahar? Kenapa kau buat aku mcm ni? Oh Tuhan.. Engkau percepatkanlah masa supaya hari ini berlalu begitu sahaja. Aku tidak ingin hari ini muncul lagi. Buanglah segala ingatan aku tentang hari ini. Tangisku di dalam hati.

Ku pandang wanita itu sekali lagi. Meminta penjelasan dari sinar matanya. Ya! Matanya tidak menipu. Jejaka itu yang menipu aku. Layakkah aku gelarkan dia seorang jejaka? Tidak!! Jantan! Itu mungkin lebih sesuai. Tiba-tiba kurasakan kehangatan di pipiku. Air jernih mengalir dari tubir mataku. Ya! Air mata kekecewaan. Aku tak sangka Zahar sanggup mempermainkan aku. Mcm mana aku boleh tertipu dengan jantan itu. Knp air mata ini mengalir? Tega kau membiarkan air mata ini mengalir dari mataku yang selalu menjadi igauan ank muda di luar sana. Ah! Aku perlu keluar dari keadaan ini. Aku tidak patut membiarkan jiran sekeliling memandang serong kepadaku. Dengan alasan cuba merosakkan rumah tangga orang. Ya! Aku perlu meminta penjelasan daripada Ayuni. Kenapa dia sembunyikan hal ini padaku. Adakah Ayuni juga ingin mempermainkan perasaanku? Adakah Ayuni juga berkomplot dengan Zahar? Inikah bayaran yang perlu aku bayar dengan nilai persahabatan yang selama ini aku jaga?

Tanpa melengahkan masa, aku melangkah keluar dari kereta itu. Kereta idaman aku. Aku berlari sepantas yang mungkin. Dalam hatiku hanya ada satu. Ayuni. Aku akan menggegarkan rumahku dengan amukan aku. Kau harus bertanggungjawap Ayuni!.

‘Liyana!! Ko nak g mane? Liyana! Liyana!’ Kedengaran suara Zahar menjerit memanggil namaku. Tidak Zahar. Kenyataan tadi telah membunuh Liyana yang kau kenali ini.
‘Aku benci ko Zahar!!!’ Teriakku tanpa menoleh ke arah Zahar.

p/s: nantikan smbungannye.. ada surprise…