Wednesday, November 26, 2008

C.I.N.T.A NEW 3

bab 3


Bengangnya aku!!! Ada ke patut dia tak nampak aku yang comey lote ni. Beria-ia aku melambai tangan ke arah Zahar n da geng. Tp dia leh buat tak pandai je. Malu pon ada sbnarnya ni. Tak pernah ada lelaki tak layan lambaian tangan aku ni..hu2 ( Comey sgt la katakan ). Dah la ramai orang kat cafeteria ni. Tak pe Zahar. Ko tggu la. Aku akan balas juga nanti.

Dalam aku ngah membebel sorang-sorang dalam hati aku ni, lagu ‘Purnama Merindu’ nyanyian penyanyi nombor satu Malaysia berkumandang menandakan buah hati aku tengah cari aku. Si Zafrul ni cam tahu-tahu je aku ngah bengang. Cam bese la, kalau dgr je suara buah hati aku ni, semua bengang-bengang aku melarikan diri. Terbit rasa bahagia lak. Huhu..

‘ Assalamualaikum ’ tengok..sopan santun sebenarnya aku ni.korang je cakap aku brutal.
‘ Waalaikumussalam. Sayang katne ni?? ’ beznye dapat dgr suara macho Zafrul..
‘ Saya kat cafe ni.kenapa?? abang katne?? ’
‘ Abang kat taman ni. Tadi sayang janji nak jumpe abang kat sini. Dah dekat 30 minit abang tunggu. Dah la abang lapar ni. Sayang leh lak g minum kat sane. ’
Alamak..camne lak aku leh lupe aku dah janji ngan Zafrul nak jumpa dia kat sana. Mati aku. Dia ni kalau merajuk boleh tahan.
‘ Sory abang. Tadi ayuni paksa saya teman dia p beli air. Tu yang tiba-tiba terpacak kat cafe ni. Abang tggu jap. Dalam 5 minit lagi saya sampai. ’ Padan muka ko Ayuni. Sebab ko la aku ternampak si Zahar n terus lupe janji aku kat buah hati aku tu.
‘ Ok. Cepat tau. Abang dah lapar sgt ni sayang. ’
‘ Ok..ok. roger n get out. ’

Aku pun dengan gaya ganasnya berlari ke arah taman. Nasib baik ada coklat Cadbury dalam beg aku ni. Leh la bagi kat Zafrul untuk pujuk dia. Tanda sory dari aku. Tu la.. sape-sape yang dapat aku memang bertuah. Sebab aku ni romantik.. Romantik k?? yela. Aku suke buat surprise. Kalau aku buat salah, aku akan bagi coklat tanda sory dari aku.





Hari-hari yang aku lalui semakin indah. Cinta aku dan Zafrul pun makin mekar bak bunga yang sedang berkembang. Zafrul pun makin banyak meluangkan masa dia untuk aku. Aktiviti sukannya terpaksa direhatkan buat sementara waktu kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. Makin la aku bahagia. Ini la saat yang aku tunggu-tunggu. Bermanja ngan buah hati aku.


Namun, dalam kebahagiaan masih ada kekecewaan dalam diri ini. Bukannya aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada, tapi aku kecewa dengan sikap Zahar yang menjauhkan diri dari aku. Tak kan tidak ada sedetik pun dalam hidupnya merindui saat bersama aku. Sesungguhnya aku amat merindui persahabatan dan kenangan aku bersama Zahar.
Kenapa hidup ini perlu pura-pura?? Zahar, kau harus tahu, aku juga menyayangimu. Namun aku tidak boleh mendustai dan mencurangi kasih dan cinta yang telah Zafrul laburkan untuk aku. Dia terlalu baik dan aku tidak sanggup untuk melukakan hatinya. Chewah… pandai gak aku mengayat kan??




‘ Liyana, ko perasan tak yang Zahar dah lama tak jupe ko?? ’ aju Ayuni untuk aku.
‘ Lorh, ko baru perasan ke?? Zahar marah aku. ’ Tiba-tiba aku buat muka seday…
‘ Knp dia perlu marah ko?? Ko btpe?? ’
‘ Aku pun tak tahu apa slh aku. Mungkin aku dah banyak kecewakan dia. ’
‘ Asal lak ko kecewakan dia. Aku tak faham la Liyana. ’
‘ Aku pun tak faham. So, aku rasa baik ko tak yah faham. ’
‘ Ko slalu mcm ni. Bengang la aku. Aku ni kwn ko ke tak? ’
‘ Dh la. Ko jgn nak buat muke 5 sen ko tu. Tak de ape yang aku smbunyikan dr ko. Mungkin zahar nak bagi chance kat aku ngan Zafrul..hu2..’
‘ Dah la Liyana. Aku g Library dulu. ’
‘ Aik, sejak bile lak ko suke g library ni? Tak kan mrh aku smpai nak rajin kan diri pergi study. Tak yah la Ayuni. Nanti ko terlebih pandai dari aku. Habislah jatuh saham aku. ’
‘ Ko memang. Langsung tak bagi aku chance nk lebih daripada ko. Aku ada date ngan mamat muke korea tu la. ’
‘ Aik..musykil aku. Cmne mamat tu leh declare nak date ngan minah kacukan mamak cam ko ni. ’
‘ Sketi mamat tu la. Yang pasti, dia dlm genggaman tangan aku. ’
‘ Tapi kan, knp mamat tu nk date ngan ko kat lebry. P la kat Taman Bunga k, Taman Rama-rama k or Taman Biawak. Bez la jugak. ’
‘ Aku pun tak faham gak Liyana. Tp melalui sumber-sumber yg boleh di percayai, mamat tu ulat bulu..ops silap..ulat buku la. ’
‘ Oooo.. weh, ape nama mamat tu?? ’
‘ Ko sibuk nak tahu pesal?? ’
‘ Ok, dah pandai menyombong ngan aku ek. Xpe, ko tggu la. Aku akn lbh tahu tntg dirinya daripada ko. Jgn smpai aku pikat dia dah la. ’
‘ Dah la. Mls nk layan kemiangan ko tu Liyana. Aku blah dulu. ’

Cinabeng tol kwn aku ni sorang. Dpt mamat encem bkn nk share ngan aku. Dah la aku yang nampak mamat tu dulu. Nyesal aku tunjuk kat dia. Omel aku dlm hati. Ala, Zafrul aku lagi encem. Lantak la ngan mamat korea tu. Kalau kawen dapat ank mata sepet. Tak mo la.


p/s : aku stop sini dulu..t ada masa aku smbung lagi..jgn lupe tinggalkan komen anda. Komen anda akan menghangatkan lagi cerpen aku..huhuhuhuhu…

No comments: