Monday, December 1, 2008

C.I.N.T.A NEW 5

Bab 5

Lambat plak si Zahar ni. Janji pkul 3 ptg. Sekarang ni dah pkul 3.05 ptg. Tp dia tak muncul-muncul juga. Pantang tol aku kalo nak menunggu org ni. Betul la kata orang. Penantian itu suatu penyeksaan. Kalo dua minit lagi dia tak datang, aku akan lancarkan perang kus-kus. Tengok la nanti. Pon! Pon! Tak sampai 1 minit 24 saat kereta kelisa milik mak Zahar sudah terparking kat depan gate umah sewa aku. Nasib baik ko sempat Zahar.

Dengan penuh keayuan aku melangkah ke arah kereta Zahar tu. Dan tanpa segan silu aku terus membuka pintu kereta bersebelahan dengan tempat Zahar dan menghenyakkan punggung aku kat kerusi empuk tu. Terasa nyaman air-cond yang sedia terpasang ditambah dengan bauan yang sememangnya mengasyikkan. Alangkah bertuahnya aku kerana lahir pada zaman yang penuh dengan kecanggihan ini.

Tapi, ada sesuatu yang mengganggu aku. Kenapa mata jejaka di sebelah kananku ini melekat ke arah wajahku seolah-olah terpaku dengan keayuan wajah yang ku miliki ini? Zahar, ko jangan la pandang aku macam ni. Lemas aku tahu tak. Omel ku di dalam hati. Namun, mata itu masih memandangku. Tapi penuh dengan persoalan. Seperti sedang mengingati rumus matematik. Aku tidak boleh berdiam diri. Aku perlu mengawal keadaan ini. Jejaka itu perlu di ingatkan bahawa aku milik Zafrul.

Lantas aku menoleh ke kanan. Mata aku dan mata jejaka itu terpaut. Memancarkan sinar yang aku sendiri tidak mengerti. Adakah pancaran sinar bahagia yang sedang menyelimuti mata kami. Ah. Mata itu. Mata itu membuatkan aku keluh resah. Mata itu menyebabkan aku lupa siapa aku yang sebenar. Ya! Mata itu. Siapakah pemilik mata ini? Ku pandang hidungnya. Alamak! Penyek la plak. Bibirnya yang galak melemparkan senyuman kepadaku ku renung. Di sebelah bibir tersebut tersembunyi sepasang lesung pipit yang hanya kelihatan apabila si pemiliknya tersenyum atau ketawa kegembiraan. Sungguh indah ciptaanmu Tuhan. Bahagianya aku jika aku diberi peluang memiliki jejaka itu.

‘Hai’ Jejaka itu memuntahkan suaranya. Oh! Indahnya hari ini. Oh Tuhan, janganlah Engkau tenggelamkan matahari untuk hari ini. Aku merayu padamu. Berikan aku kesempatan untuk menikmati hari ini untuk selama-lamanya. Namun, kurasakan masih berlaku kesilapan di sini. Ya! Suara itu begitu romantis menyinggahi gegendang telingaku. Adakah aku di Syurgamu ya Allah?

Sedang aku asyik terleka dengan senyuman jejaka itu, pintu di sebelahku dibuka. Namun tidak ku hiraukan. Kini aku hanya ingin hidup bersamamu. Tiada sesiapa yang dapat memisahkan kita.

‘Maaf ek. U ni sape?’ Tidak ku endahkan suara gemersik di luar sana yang memecah masuk ke gegendang telinga aku ni. Bagi aku, tiada yang seindah jejaka ini.
‘Hey girl. I tanye btol-btol ni. U sape ha? Macam mana U boleh berada dalam kereta my husband?’
‘Hah? Ape! Husband? Bile ko kawen Zahar? Knp aku langsung tidak di khabarkan dengan majlis ko tu?’ Bagaikan peluru terkeluar soalan tu dari bibir munggil yang aku miliki ini. Aku mengalihkan pandanganku kepada wanita di luar kereta Zahar itu. Memandang sayu ke arah perutnya yang sedang memboyot.
‘What? Zahar? Sape tu?.. Hai abang, sejak bile abang bertukar jadi Zahar ni? Abang saje cari pasal dengan saya ni kan?’ Wanita itu melemparkan kemarahannya pada jejaka di sebelah aku ni.
‘Sory miss, I tak faham la.’ Aku masih lagi kebingungan. Kenapa wanita jelita ni ckp Zahar tukar nama?
‘Kalau U nak tahu, ni husband I. Dah 1 tahun kami berkahwin. Dan nama dia bukan Zahar. Dia ni Zamarul Aiman Bin Haji Annuar.’

Aku masih keliru dengan keadaan ini. Maknanya sudah 1 tahun Zahar berkahwin. Tapi aku langsung tidak mengetahuinya? Kenapa ayuni tidak pernah menceritakan semua ini kepadaku? Adakah ini alasan Zahar ingin bawa aku keluar? Ingin memalukan aku? Melukakan perasaan aku? Sampai hati kau Zahar. Aku tidak pernah terfikir kau sanggup buat aku mcm ni. Apa salah aku Zahar? Besar sangatkah salah aku menolak cintamu tempoh hari demi menjaga hati insan yang menyayangi dan menyintai aku setulusnya? Kenapa kau tega memalukan aku sebegini rupa Zahar? Adakah kau ingat maruah aku boleh dipermainkan? Aku seorang wanita Zahar. Aku mempunyai perasaan yang halus. Kenapa Zahar? Kenapa kau buat aku mcm ni? Oh Tuhan.. Engkau percepatkanlah masa supaya hari ini berlalu begitu sahaja. Aku tidak ingin hari ini muncul lagi. Buanglah segala ingatan aku tentang hari ini. Tangisku di dalam hati.

Ku pandang wanita itu sekali lagi. Meminta penjelasan dari sinar matanya. Ya! Matanya tidak menipu. Jejaka itu yang menipu aku. Layakkah aku gelarkan dia seorang jejaka? Tidak!! Jantan! Itu mungkin lebih sesuai. Tiba-tiba kurasakan kehangatan di pipiku. Air jernih mengalir dari tubir mataku. Ya! Air mata kekecewaan. Aku tak sangka Zahar sanggup mempermainkan aku. Mcm mana aku boleh tertipu dengan jantan itu. Knp air mata ini mengalir? Tega kau membiarkan air mata ini mengalir dari mataku yang selalu menjadi igauan ank muda di luar sana. Ah! Aku perlu keluar dari keadaan ini. Aku tidak patut membiarkan jiran sekeliling memandang serong kepadaku. Dengan alasan cuba merosakkan rumah tangga orang. Ya! Aku perlu meminta penjelasan daripada Ayuni. Kenapa dia sembunyikan hal ini padaku. Adakah Ayuni juga ingin mempermainkan perasaanku? Adakah Ayuni juga berkomplot dengan Zahar? Inikah bayaran yang perlu aku bayar dengan nilai persahabatan yang selama ini aku jaga?

Tanpa melengahkan masa, aku melangkah keluar dari kereta itu. Kereta idaman aku. Aku berlari sepantas yang mungkin. Dalam hatiku hanya ada satu. Ayuni. Aku akan menggegarkan rumahku dengan amukan aku. Kau harus bertanggungjawap Ayuni!.

‘Liyana!! Ko nak g mane? Liyana! Liyana!’ Kedengaran suara Zahar menjerit memanggil namaku. Tidak Zahar. Kenyataan tadi telah membunuh Liyana yang kau kenali ini.
‘Aku benci ko Zahar!!!’ Teriakku tanpa menoleh ke arah Zahar.

p/s: nantikan smbungannye.. ada surprise…

No comments: