Wednesday, November 26, 2008

C.I.N.T.A NEW 2

Bab 2


‘ Ko kena faham keadaan aku Zahar. Aku milik Zafrul. Aku tak sanggup tinggalkan dia. Lagipun dia terlalu baik pada aku. Kalau ko pun,ko tak kan tinggalkan dia kan? ’
‘ Liyana, aku tak paksa ko terima aku. Aku cuma nak ko tahu perasaan aku. Perasaan yang aku pendam semenjak first time kite keluar. Masa tu aku terpegun melihat gadis yang baru ku kenali begitu ramah melayan kerenahku yang pendiam ni. ’
Dalam hati aku ( perasan tol si Zahar ni. Aku layan dia ke??haha yela. Dia la.tak kan mat bangla lak.)
‘ Ko tahu tak Liyana, masa aku tahu yang ko ni belum ada boy, aku happy sangat-sangat. Aku cuba rapatkan diri aku dengan ko, tapi aku malu. Aku takut ko tak terima aku. Sebab tu aku tak luahkan isi hati aku ni. Lagipun, Ayuni pernah bgtau aku yang ko belum bersedia untuk bercinta. Sebab tu aku takut nak luahkan isi hati aku pada ko.’

Lupa aku nak kenalkan pada korang. Ayuni ni, roommate aku. Dia la yang bertanggungjawab kenalkan aku pada Zahar ni. Dia kawan lama si Zahar lembap ni. Haha.. padan muka ko Zahar. Dapat lagi lembap daripada aku yang comey ni.

Lepas daripada malam tu, sudah 2 minggu Zahar tak hubungi aku. Setiap masa aku menunggu mesej daripada dia. Nak tunggu telefon, haram. Dia ni memang dah terkenal ngan sifat bakhilnye tu.

So..ape patut aku buat erk?? Ala, tak best la asyik aku je pujuk dia. Ni yang buat aku bengang ni.

‘ Salam…cayang marah abang ke?? ’ hehe..saje aku nak menyakat si Zahar tu. Aku memang selalu bahasakan aku abang n dia cayang pun.
‘ Mmm.. takde la. ’ Yes! Yes! Zahar tu dah balas. Ada respon ni.
‘ Zahar..aku rindukan ko. Bila ko nak dtg jupe aku??’
‘ Aku ingatkan takde sape yang sudi rindu aku ni. Aku tak nak la ganggu ko lagi Liyana. Setiap kali aku mesej ko, aku sebak ko tahu tak. Tak boleh la Liyana. Aku terlalu sayangkan ko. ’
‘ Aku pun sayangkan ko juga. Sayang sebagai kawan. ’
Sekali lagi Zahar menyepikan diri. Mesej aku pun tak berbalas. Sampai hati ko Zahar.





Hubungan aku dengan Zafrul semakin lama semakin sepi. Dia dengan dunia sukannya. Langsung tidak ambil peduli tentang hati dan perasaan aku. Cari yang lain baru tahu. Hihi… nasib baik Zafrul tu dapat awek yang baik cam aku ni. Kalau tak, dah lama menduda.huhuhu..



Kadang-kadang aku terlalu sunyi. Walaupun berteman,hidup aku bagaikan kosong. Zafrul langsung tak ambil tahu tentang perasaan aku. Kadang-kadang, seminggu sekali je kami akan jupe. Dia tak rindukan aku ke?? Dah la malas nak fikir tentang buah hati aku tu lagi. Lantak dia la. Dia tak nak, aku cari yang lain. Dia ingat aku tak laku ke??

Final exam tuk semester ni makin hampir. Aku terlalu sibuk membuat ulangkaji. Yela.. tak kan aku nak dapat poiter rendah lak. Aku kan harapan family aku. Nak harapkan adik-adik aku?? Hampeh semuanya. Kenapa la dia orang tak sepandai aku. Kadang aku tanye gak ibu aku. Huhuhu..sesaje nak memperlekehkan adik-adik aku. Tapi, dorang buat tak pandai j..geram aku!!

Dalam sibuk aku duk study tu, aku dikejutkan dengan berita yang Zafrul kemalangan… sedihnye.. so, hari-hari aku terpaksa berulang alik ke hospital menjaga buah hati aku ni. Nasib baik aku dah prepare awal untuk exam. Kalau tak, tak dapat la tunjuk kat bakal mak mentua aku yang aku ni baik.huhuhu.. mesti mak mentua aku tak sabar nak buat aku menantu dia. Beznya…tak sabo nak kawen.hik2. gatai ko ni Liyana.



Sepanjang cuti semester, aku hanya berulang alik ke hospital menjaga Zafrul. Kecederaan yang di alaminya agak teruk kerana hentakan yang kuat semasa jatuh. Namun aku bersyukur Zafrul masih selamat dan masih boleh untuk senyum melayan aku.huhu.. sayang betul aku pada ko Zafrul.. kenapa yerk?? Ala, ko kan boypreng aku..


Setelah puas bercuti, kini aku terpaksa kembali untuk menyemakkan kepala aku dengan pelbagai lagi fakta-fakta yang terpaksa ku hafal. Dengan kata lain, semester baru telah bermula. Semester baru, azam baru, lecture baru, lecturer pun baru, paling bez dapat kereta baru daripada ibu aku sempena result aku yang memang Da Boom.. boypreng tak baru tau. Sebab kau ni jenis yang setia. Beruntung betul Zafrul tu kan. Zafrul pun semakin sihat. Dia terpaksa mengulang semester kerana, korang kan tahu, dia kemalangan. So tak dapat amik final exam. Kesian dia. Tak pe sayang, aku akan setia bersamamu.


Dah lama aku tak dengar berita tentang Zahar. Dia betul-betul menyepikan diri daripada aku. Sihatkah dia?? Perlukah aku yang memulakan dulu. Itu sememangnya. Sebab aku memang dikenali dengan sikap suka mengalah.

‘ Salam. Cayang buat pe? Sihat tak? Abang dengar cayang dapat dekan ek sem lepas. ’

Lama juga aku menanti mesej daripada zahar. Namun tiada balasan. Kecewanya hati ini. Zahar dah tak sudi jadi kekasih gelapku ke?? Tak apa la. Ramai lagi yang menunggu giliran belakang Zahar tu. So…next..hik2..

p/s: Nantikan sambungannye. Sory sesangat aku dah takde idea ni. Tengah pening kumpul maklumat nak buat report ni. Tensyen2..jgn lupe tinggalkan komen anda

No comments: